KESAN DARURAT
ISI-ISI:
- PENGENALAN
- KESAN DARURAT DARI ASPEK EKONOMI
- KESAN DARURAT DARI ASPEK POLITIK
- KESAN DARURAT DARI ASPEK SOSIAL
PENGENALAN
Selepas Perang Dunia ke-2 tamat, Parti Komunis Malaya(PKM) mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu melalui cara perlembagaan tetapi gagal . Dengan itu, PKM mengubah corak perjuangan mereka yang dikenali sebagai "militan"
Pada tahun 1948, PKM mengambil keputusan untuk melancarkan"revolusi" bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan British dan menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu.
Keganasan yang dilakukan oleh PKM memaksa pihak British mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 15 Julai 1948 yang bertujuan menghapuskan pemberontakan komunis di Tanah Melayu. Zaman darurat ini telah meninggalkan pelbagai kesan kepada seluruh penduduk Tanah Melayu dari aspek EKONOMI, POLITIK dan SOSIAL .
Dipetik dari sini
Dipetik dari sini
KESAN DARURAT TERHADAP EKONOMI
1. Kekejaman dan keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian
dengan aman.
2. Pengeluaran sumber ekonomi negara terjejas kerana kemusnahan sistem perhubungan, jentera
melombong, kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang.
3. Kerajaan membelanjakan 1.4 bilion dalam tempoh 12 tahun dan sebanyak 721.9 juta telah
digunakan bagi membeli peralatan ketenteraan bagi mengukuhkan sistem pertahanan.
4. Kerajaan terpaksa memperbesarkan pasukan keselamatan, menambah bilangan anggota polis dan
pasukan Home Guard untuk memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada rakyat.
5. Kesannya, kerajaan kurang memberi perhatian terhadap usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
KEMUSNAHAN YANG BERAKU DI SESEBUAH ESTET
Dipetik dari sini
Beginilah kehidupan buruh-buruh ladang dan lombong
yang diganggu oleh Komunis .
Dipetik dari sini
KESAN DARURAT TERHADAP POLITIK
Dipetik dari sini
- Kerajaan British telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pemberian kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana kerajaan mendapati rakyat Tanah Melayu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran British. Selain itu, kerajaan juga ingin mendapat sokongan rakyat supaya tidak memihak kepada komunis.
- Pada tahun 1949, pemimpin-pemimpin orang Cina dalam Majlis Perundangan Persekutuan terutamanya Datuk Tan Cheng Lock telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949.
- Sistem Ahli juga telah diperkenalkan pada tahun 1951-1952 oleh British sebagai langkah ke arah berkerajaan sendiri.
- Perikatan UMNO-MCA di bawah pemimpin Tunku Abd. Rahman memainkan peranan yang penting dalam proses mencapai kemerdekaan .
Terdapat juga parti-parti politik yang bersifat sederhana terpaksa dibubarkan akibat tekanan kerajaan British. Contohnya, sebilangan besar pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggol ditangkap oleh kerajaan British dengan menggunakan peruntukkan di bawah Undang-undang Darurat, 1948. Namun, kerajaan British masih lagi membenarkan parti politik berhaluan sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC meneruskan kegiatan mereka .
Video mengenai Undang-undang Darurat 1948
Dipetik dari sini
KESAN DARURAT TERHADAP SOSIAL
(a) Kempen memerangi komunis dijalankan selama 12 tahun (1948-1960)
yang menyaksikan rakyat hidup menderita keganasan komunis.
Pelaksanaan undang-undang darurat seperti perintah berkurung amat
menyusahkan hidup rakyat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan dan
aktiviti harian mereka. Bekalan beras berkurangan kerana semakin banyak
sawah ditinggalkan oleh petani tanpa diusahakan. Begitu juga dengan padi
huma dan kerja-kerja ladang yang lain seperti jagung, ubi dan pisang turut
tidak dikerjakan bagi menambah bahan makanan. Kekurangan makanan ini telah
menyebabkan kerajaan bertindak menyekat makanan menyebabkan rakyat terpaksa
bergantung kepada ubi kayu dan keledek sama seperti dialami
semasa zaman Jepun.Walaupun catuan makanan ini berjaya menyekat bekalan
makanan daripada sampai kepada komunis,
namum rakyat hidup menderita akibat kekurangan makanan.
(b) Melalui undang-undang darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahaja yang dianggap
mengancam keselamatan negara atau disyaki bersubahat dengan komunis
tanpa perlu dibicara di mahkamah. Orang ramai tidak dibenarkan
berkumpul melebihi 5 orang di tempat terbuka tanpa mendapat kebenaran polis.
Sesiapa yang membawa atau menyimpan senjata api tanpa permit
boleh dihukum bunuh. Ramai penduduk terutama orang Cina ditangkap dan dipenjarakan,
sebahagian daripada mereka dihantar pulang ke negara China.
(c) Masalah perkauman antara orang Melayu dan orang Cina menjadi semakin serius.
Orang Melayu menganggap semua orang Cina adalah komunis dan orang Melayu telah
menyertai pasukan keselamatan untuk membanteras komunis. Oleh itu,
tindakan memerangi komunis semasa darurat seolah-olah dilihat sebagai peperangan
antara orang Melayu dengan orang Cina.
Masalah perkauman yang tercetus ini telah memberi kesan penting ke atas
kedudukan sosiopolitik di Tanah Melayu.
(d) Ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina telah mendorong
pemimpin-pemimpin seperti Dato’ Onn Jaafar, Dato’ E.E.C. Thuraisingham
dan Datuk Tan Cheng Lock berusaha untuk meredakan ketegangan kaum dengan
menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JPAK)
pada tahun 1949. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato’ E.E.C. Thuraisingham
yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara penduduk yang
berbilang kaum di Tanah Melayu.
(e) Untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu terutamanya orang Cina
bagi membanteras komunis, kerajaan telah melancarkan kempen
“Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat” dan melonggarkan syarat-syarat
untuk mendapat kerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1952. MCA dijadikan
juru bicara kaum Cina dengan kerajaan. Langkah ini membolehkan
seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu
sehingga tahun 1957. Mereka juga diberi hak untuk memiliki tanah dan
menikmati kemudahan pelajaran dan
kesihatan di kawasan kampong-kampung baru. Dengan cara ini,
kerajaan dapat memenangi hati dan fikiran orang Cina agar menyokong kerajaan.
KEHIDUPAN RAKYAT TIDAK TERJAMIN
1. Kesemua penduduk di Tanah Melayumengalamipenderitaan dan kesusahan hidup yang sama.Antaranya ialah serangan bom tangan,pembunuhan, penculikkan, perampasan,pembakaran harta benda dan perompakkan.
2. Penduduk Cina merupakan sasaran
utama pihak komunis sepanjang tempoh darurat
diisytiharkan. Hal ini kerana komunis berusaha
menimbulkan ketidakyakinan penduduk Cina
terhadap pentadbiran kerajaan. Antara yang
menjadi sasaran komunis ialahipenduduk Cina
yang mempunyai perkaitan dengan Kuomintang
(KMT), orang Cina yang enggan bekerjasama
dengan kerajaan, kontraktor dan ketua buruh
yang bekerja untuk estet dan firma Eropah.
3. Pihak komunis turut melakukan pembunuhan yang kejam dengan membakar,mencampakkan
sasarannya ke dalam api, menembak dan
menikam mati. Setelah dibunuh, mayat akan
diselitkan dengan secebis nota yang
menyatakan mangsa adalah seorang
pensubahat. Pada 17 Jun 1948 seorang
saudagar getah yang turut merupakan presiden
KMT telah ditembak mati di Estet Dublin, Kulim
Kedah.
4. Pihak Komunis
4. Pihak Komunis
turut bertindak kejam dengan merampas
peralatan masjid, barang makanan, wang, rokok
dan senjata api. Buktinya, Pada 17 April 1951,
40 komunis telah menyerang sebuah masjid di
Raub Pahang. Penjaga masjid ditembak mati
dan peralatan masjid dirampas.
HUBUNGAN KAUM TERJEJAS
1.Orang Melayu dan India telah
mendapat layanan yang baik manakala orang
Cina dilayan sebaliknya kerana dianggap sebagai
membantu dan memberi sokongan terhadap
negara China. Hal ini telah mendatangkan
perasaan dendam terhadap orang Melayu kerana
membantu Jepun mmerangi Malayan People’s
Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dianggotai
oleh orang Cina. Oleh itu, kemenangan yang
diraih oleh MPAJA dengan menentang Jepun
telah menyebabkan orang Melayu yang
membantu Jepun dibunuh.
Sini ada sedikit video tentang dugaan yang dihadapi oleh penduduk Tanah Melayu
Sini ada sedikit video tentang dugaan yang dihadapi oleh penduduk Tanah Melayu
Diambil dari sini
Dan di bawah sini ada sedikit gambar-gambar berkaitan tentang Hari Kemerdekaan .
Gambar penyerahan Surat Perlembagaan:
Gambar-gambar Kemerdekaan:
Video Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957
Video bagi erti Kemerdekaan
Rujukan Dari sini .
Terima kasih Banyak-banyak .
Sekian .
Pengajian Malaysia ( DUB 1012 )
Dari group kami,
Unknown:
-Willdyealson selestin 07DTK14F2028
-Schent Nigou 07DTK14F2029
-Develley Nilson Jaiugus 07DTK14F2030
Salam Tuan . Bolehtak saya gunakan data, gambar dan video utk kegunaan TV Pendidikan . pls update
ReplyDelete