Friday, 2 January 2015

KESAN DARURAT

KESAN DARURAT 

ISI-ISI:
  • PENGENALAN
  • KESAN DARURAT DARI ASPEK EKONOMI
  • KESAN DARURAT DARI ASPEK POLITIK
  • KESAN DARURAT DARI ASPEK SOSIAL


PENGENALAN

Selepas Perang Dunia ke-2 tamat, Parti Komunis Malaya(PKM) mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu melalui cara perlembagaan tetapi gagal . Dengan itu, PKM mengubah corak perjuangan mereka yang dikenali sebagai "militan"

Pada tahun 1948, PKM mengambil keputusan untuk melancarkan"revolusibersenjata untuk menggulingkan pemerintahan British dan menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu.

Keganasan yang dilakukan oleh PKM memaksa pihak British mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 15 Julai 1948 yang bertujuan menghapuskan pemberontakan komunis di Tanah Melayu. Zaman darurat ini telah meninggalkan pelbagai kesan kepada seluruh penduduk Tanah Melayu dari aspek EKONOMI, POLITIK dan SOSIAL .

Dipetik dari sini



Dipetik dari sini





KESAN DARURAT TERHADAP EKONOMI



    1. Kekejaman dan keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian 
        dengan aman.
    2. Pengeluaran sumber ekonomi negara terjejas kerana kemusnahan sistem perhubungan, jentera 
        melombong, kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang.
    3. Kerajaan membelanjakan 1.4 bilion dalam tempoh 12 tahun dan sebanyak 721.9 juta telah 
        digunakan bagi membeli peralatan ketenteraan bagi mengukuhkan sistem pertahanan.
    4. Kerajaan terpaksa memperbesarkan pasukan keselamatan, menambah bilangan anggota polis dan 
        pasukan Home Guard untuk memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada rakyat.
    5. Kesannya, kerajaan kurang memberi perhatian terhadap usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. 


KEMUSNAHAN YANG BERAKU DI SESEBUAH ESTET
Dipetik dari sini


Beginilah kehidupan buruh-buruh ladang dan lombong 
yang diganggu oleh Komunis .
Dipetik dari sini





KESAN DARURAT TERHADAP POLITIK




Dipetik dari sini

  1.  Kerajaan British telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pemberian kemerdekaan kepada    Tanah Melayu kerana kerajaan mendapati rakyat Tanah Melayu semakin menunjukkan rasa tidak  puas hati  terhadap pentadbiran British. Selain itu, kerajaan juga ingin mendapat sokongan rakyat  supaya tidak    memihak kepada komunis.
  2.  Pada tahun 1949, pemimpin-pemimpin orang Cina dalam Majlis Perundangan Persekutuan  terutamanya Datuk Tan Cheng Lock telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Malayan  Chinese Association (MCA) pada tahun 1949. 
  3.  Sistem Ahli juga telah diperkenalkan pada tahun 1951-1952 oleh British sebagai langkah ke arah  berkerajaan sendiri.
  4.  Perikatan UMNO-MCA di bawah pemimpin Tunku Abd. Rahman memainkan peranan yang penting  dalam proses mencapai kemerdekaan .


Terdapat juga parti-parti politik yang bersifat sederhana terpaksa dibubarkan akibat tekanan kerajaan British. Contohnya, sebilangan besar pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggol ditangkap oleh kerajaan British dengan menggunakan peruntukkan di bawah Undang-undang Darurat, 1948. Namun, kerajaan British masih lagi membenarkan parti politik berhaluan sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC meneruskan kegiatan mereka .

Video mengenai Undang-undang Darurat 1948

Dipetik dari sini


KESAN DARURAT TERHADAP SOSIAL



(a) Kempen memerangi komunis dijalankan selama 12 tahun (1948-1960) 
      yang menyaksikan rakyat hidup menderita keganasan komunis. 
      Pelaksanaan undang-undang darurat seperti perintah berkurung amat 
      menyusahkan hidup rakyat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan dan 
      aktiviti harian mereka. Bekalan beras berkurangan kerana semakin banyak 
      sawah  ditinggalkan oleh petani tanpa diusahakan. Begitu juga dengan padi 
      huma dan kerja-kerja ladang yang lain seperti jagung, ubi dan pisang turut 
      tidak dikerjakan bagi menambah bahan makanan. Kekurangan makanan ini telah 
      menyebabkan kerajaan bertindak menyekat makanan menyebabkan rakyat terpaksa 
      bergantung kepada ubi kayu dan keledek sama seperti dialami 
      semasa zaman Jepun.Walaupun catuan makanan ini berjaya menyekat bekalan 
      makanan daripada sampai kepada komunis, 
      namum rakyat hidup menderita akibat kekurangan makanan.

(b) Melalui undang-undang darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahaja yang dianggap 
      mengancam keselamatan negara atau disyaki bersubahat dengan komunis 
      tanpa perlu dibicara di mahkamah. Orang ramai tidak dibenarkan 
      berkumpul melebihi 5 orang di tempat terbuka tanpa mendapat kebenaran polis.
      Sesiapa yang membawa atau menyimpan senjata api tanpa permit
      boleh dihukum bunuh. Ramai penduduk terutama orang Cina ditangkap dan dipenjarakan,
      sebahagian daripada mereka dihantar pulang ke negara China. 

(c) Masalah perkauman antara orang Melayu dan orang Cina menjadi semakin serius. 
     Orang Melayu menganggap semua orang Cina adalah komunis dan orang Melayu telah 
     menyertai pasukan keselamatan untuk membanteras komunis. Oleh itu, 
     tindakan memerangi komunis semasa darurat seolah-olah dilihat sebagai peperangan
     antara orang Melayu dengan orang Cina. 
     Masalah perkauman yang tercetus ini telah memberi kesan penting ke atas 
     kedudukan sosiopolitik di Tanah Melayu.

(d) Ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina telah mendorong 
      pemimpin-pemimpin seperti Dato’ Onn Jaafar, Dato’ E.E.C. Thuraisingham
      dan Datuk Tan Cheng Lock berusaha untuk meredakan ketegangan kaum dengan
      menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JPAK) 
      pada tahun 1949. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato’ E.E.C. Thuraisingham 
      yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara penduduk yang 
      berbilang kaum di Tanah Melayu.

(e) Untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu terutamanya orang Cina 
      bagi membanteras komunis, kerajaan telah melancarkan kempen
     “Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat” dan melonggarkan syarat-syarat 
      untuk mendapat kerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1952. MCA dijadikan 
      juru bicara kaum Cina dengan kerajaan. Langkah ini membolehkan
      seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu 
      sehingga tahun 1957. Mereka juga diberi hak untuk memiliki tanah dan 
      menikmati kemudahan pelajaran dan 
      kesihatan di kawasan kampong-kampung baru. Dengan cara ini, 
      kerajaan dapat memenangi hati dan fikiran orang Cina agar menyokong kerajaan.







 



KEHIDUPAN RAKYAT TIDAK TERJAMIN


1. Kesemua penduduk di Tanah Melayumengalamipenderitaan dan kesusahan hidup yang sama.Antaranya ialah serangan bom tangan,pembunuhan, penculikkan, perampasan,pembakaran harta benda dan perompakkan.


2. Penduduk Cina merupakan sasaran

utama pihak komunis sepanjang tempoh darurat
diisytiharkan. Hal ini kerana komunis berusaha
menimbulkan ketidakyakinan penduduk Cina
terhadap pentadbiran kerajaan. Antara yang
menjadi sasaran komunis ialahipenduduk Cina
yang mempunyai perkaitan dengan Kuomintang
(KMT), orang Cina yang enggan bekerjasama
dengan kerajaan, kontraktor dan ketua buruh
yang bekerja untuk estet dan firma Eropah.


3. Pihak komunis turut melakukan pembunuhan yang kejam dengan membakar,mencampakkan
sasarannya ke dalam api, menembak dan
menikam mati. Setelah dibunuh, mayat akan
diselitkan dengan secebis nota yang
menyatakan mangsa adalah seorang
pensubahat. Pada 17 Jun 1948 seorang
saudagar getah yang turut merupakan presiden
KMT telah ditembak mati di Estet Dublin, Kulim
Kedah.

4. Pihak Komunis
turut bertindak kejam dengan merampas
peralatan masjid, barang makanan, wang, rokok
dan senjata api. Buktinya, Pada 17 April 1951,
40 komunis telah menyerang sebuah masjid di
Raub Pahang. Penjaga masjid ditembak mati
dan peralatan masjid dirampas.


HUBUNGAN KAUM TERJEJAS

1.Orang Melayu dan India telah
mendapat layanan yang baik manakala orang
Cina dilayan sebaliknya kerana dianggap sebagai
membantu dan memberi sokongan terhadap
negara China. Hal ini telah mendatangkan
perasaan dendam terhadap orang Melayu kerana
membantu Jepun mmerangi Malayan People’s
Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dianggotai
oleh orang Cina. Oleh itu, kemenangan yang
diraih oleh MPAJA dengan menentang Jepun
telah menyebabkan orang Melayu yang
membantu Jepun dibunuh.



Sini ada sedikit video tentang dugaan yang dihadapi oleh penduduk Tanah Melayu


Diambil dari sini 


Dan di bawah sini ada sedikit gambar-gambar berkaitan tentang Hari Kemerdekaan .


Gambar penyerahan Surat Perlembagaan:



Gambar-gambar Kemerdekaan:








Video Hari Kemerdekaan 31 Ogos 1957






Video bagi erti Kemerdekaan




Rujukan Dari sini .
Terima kasih Banyak-banyak .

Sekian .



Pengajian Malaysia ( DUB 1012 )


Dari group kami,
Unknown:
-Willdyealson selestin                 07DTK14F2028
-Schent Nigou                             07DTK14F2029
-Develley Nilson Jaiugus            07DTK14F2030